Nak tahu lebih tentang Durioo+? Lihat soalan lazim yang sering ditanya oleh ibu bapa dan pengguna.
Durioo+ ialah aplikasi penstriman yang menghimpunkan lebih 17,000 kandungan selamat dan menghiburkan untuk seisi keluarga. Semua kandungan telah ditapis 100% agar mesra kanak-kanak dan patuh syariah.
Durioo+ sesuai untuk tontonan segenap lapisan umur. Mengikut saranan pakar, kanak-kanak sesuai didedahkan pada skrin seusia 2 tahun. Untuk bayi bawah 2 tahun, anda boleh mainkan lagu, nasyid, zikir daripada Durioo+ di latar.
Anda boleh pasang aplikasi Durioo+ di TV Android, telefon & tablet berasaskan Android dan iOS. Di komputer, anda boleh strim di web.duriooplus.com.
Durioo+ boleh dipasang di mana-mana jenama TV yang menggunakan sistem operasi Android TV atau Google TV. Untuk TV yang lain, anda boleh gunakan bersama Apple TV, Android box atau Android stick yang diperakui Google.
Sila hubungi pasukan Customer Happiness kami melalui support@durioo.com atau https://wa.me/15557053189.