Memang respek sangat dekat Durioos yang hasilkan lagu ni. Dalam banyak banyak lagu Little Ammar.. ini lagu yang saya paling paling 😱😱😱🤗🤗🤗🤩🤩🤩
Mesej yang sangat simple. Tapi impak yang sangat mendalam.
Ini bukan sekadar lagu dan ada education dan Islamik values.
Lagu ni boleh:
1. Merapatkan hubungan bersama anak2
2. Bantu kita memahami anak
3. Bantu anak2 paham emosi mereka
4. Bantu kita validate dan paham emosi anak
5. Menyelesaikan situasi anak merajuk, sedih atau marah?
Wah …. betul ke?
Lagu ni.. Saya guna hampir setiap hari. Bila bangun pagi.. Bila happy.. Bila sedih.. Bila marah.. Bila merajuk.. Bila sakit..
Yup.. dengan anak ni.. kita verify perasaan dia.. and kita peluk.
Dulu… macam2 juga cara nak justify, ajar dan cakap dekat anak bila dia sedih atau merajuk.
Sekarang.. Saya nyanyi dulu lagu ni (muka dia akan mula berubah dan tak sabar nak peluk)… sampai part peluk tu saya akan peluk peluk peluk peluk, peluk bila merajuk… dia pun akan peluk balik… dan…
Magically.. (sebenarnya psychology), dia akan ok dan mula open up untuk bercakap.
Yes.. sangat bermanfaat ❤️
Siapa lagi ibu bapa Durioo+ yang guna apply lagu Peluk ni?
Boleh tengok snippet lagu ni dekat bawah.
Alhamdulillah.
Sinan Ismail
Founder Durioo+
Terima kasih kerana membaca blog Durioo+. Semoga Durioo+ akan terus memberi manfaat untuk anak dan anak-anak anda.
Minta ibu bapa semua doakan Durioo+ terus menjadi platform yang akan membentuk iman, akhlak dan ilmu untuk anak-anak kita.
Belum dapatkan Durioo+ untuk anak anda? Langgan sekarang dibawah: