6 tahun lepas saya ke Silicon Valley.
Gambar ni diambil di 500 Startups incubator San Francisco.
HEBAT RANCANGAN ALLAH 🤲🏽
6 tahun lepas, saya masih Founder untuk sebuah syarikat animasi. Tidak ada pengetahuan langsung mengenai syarikat Start Up dan Tech Company.
6 tahun lepas, Allah dah bagi saya peluang join MAGIC (tq MAGIC!) trip ke Stanford University dan pergi visit ofis Tech Startup seperti Airbnb, Google, Facebook dan juga 500 Startups.
SubhanAllah.
Memang exposure, ilmu dan mindset yang saya belajar sepanjang 2 minggu pada trip itu sangat-sangat membuka minda saya dan membantu kami dalam Tech Startup world bersama Durioo+ sekarang.
Siapa sangka kan? Dari buat produksi animasi menjadi platform.
Siapa sangka kan? Apa yang Allah bagi 6 tahun lalu yang saya tak tahu akan praktik atau tidak ilmu tu – Alhamdulillah membantu saya.
Kita ni hambaNya yang tidak tahu. Kita kena sentiasa percaya dengan apa yang dirancangNya.
Kita kena sentiasa menggunakan peluang yang diberiNya dengan paling baik.
InshaAllah.
Alhamdulillah.
Semoga kita semua sentiasa diberi peluang dan mengambil peluang yang diberi oleh Allah.
Semoga kita sentiasa bersyukur dengan apa yang di beri oleh Allah dan semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki 🤲🏽
Sinan Ismail
Founder Durioo+
Terima kasih kerana membaca blog Durioo+. Semoga Durioo+ akan terus memberi manfaat untuk anak dan anak-anak anda.
Minta ibu bapa semua doakan Durioo+ terus menjadi platform yang akan membentuk iman, akhlak dan ilmu untuk anak-anak kita.
Belum dapatkan Durioo+ untuk anak anda? Langgan sekarang dibawah: