Kenapa Durioo+ Tak Ada Fungsi Timer?

  • Kenapa Durioo+ tak mudah untuk dinavigasi seperti YouTube Kids?
  • Kenapa Durioo+ tak ada fungsi parents boleh pilih konten untuk anak-anak
  • Kenapa Durioo+ tak ada fungsi timer?
  • Kenapa Durioo+ lambat baiki autoplay function?

Kami sentiasa mendapat feedback dan cadangan daripada ibu bapa (seperti di atas). Kami setuju dengan semua cadangan tersebut. InshaAllah kami akan buat semua fungsi ini dan banyak lagi yang best untuk anak-anak. Tetapi fungsi-fungsi ini hanya akan dibuat bila kita buat Aplikasi BARU —- ???

KENAPA KENA ADA APLIKASI BARU?

Durioo+ yang kami gunakan sekarang adalah enjin Vimeo (frontend dan backend). Kenapa guna Vimeo? Kenapa tak buat sendiri app dari mula2?

Jawapannya
1. Untuk kami launch early (nasihat dari Y Combinator)
2. Untuk kami fokus tenaga kerja dan investment kepada konten dahulu (klik sini untuk tengok konten Durioo+)
3. Kos membuat apilikasi sendiri sangat besar dan memakan masa yang lama

Menggunakan Vimeo dan launch early, team Durioo+ dapat fokus untuk menghasilkan dan mencari konten yang terbaik untuk Durioo+. Alhamdulillah kita dapat buat Little Ammar, Mina Mila, Zehni, Abibi, Bubu Lala dan banyak lagi Originals + lesen konten2 yang sangat baik seperti Bilal The Movie, Baby Shark, Numberblocks, Robocar Poli dan banyak lagi – sehingga sekarang kami sudah ada lebih 4,500 konten dalam Durioo+ (dan akan bertambah setiap minggu).

Namun, selepas menggunakan platform Vimeo, banyak yang kami belajar dan dapat feedback dari ibu bapa. Kami sedar yang platform Vimeo tidak mampu menampung keperluan subscriber, kanak-kanak dan ibu bapa Durioo+.

Jadi.. kami sudah membuat persiapan dan akan mula buat aplikasi Durioo+ sendiri!

InshaAllah features yang diminta seperti:
– Layout lebih mudah untuk anak-anak 💥
– Filtering/pilihan untuk ibu bapa 💥
– Berada di lebih banyak Smart TV 💥
– Timer 💥
– dan macam-macam lagi akan kami usahakan + kami juga akan sentiasa update aplikasi ini untuk menjadi lebih baik setiap bulan.

Cuma, secara jujurnya – membuat aplikasi sendiri ini akan memakan masa. Kami target inshaAllah dalam Q1 2024 – kami boleh launch.

Kami masih awal dalam perjalanan ini, masih sangat banyak yang kami boleh menambah baik – dan inshaAllah, janji kami adalah – kami akan terus menambah baik. Minta sama-sama terus support kami dalam Misi ini, dalam perjuangan ini, dalam perjalanan ini.

Sinan Ismail
Founder Durioo+
Antara konten menarik di Durioo+ untuk aktiviti bersama anak-anak di rumah

Terima kasih kerana membaca blog Durioo+. Semoga Durioo+ akan terus memberi manfaat untuk anak dan anak-anak anda.

Minta ibu bapa semua doakan Durioo+ terus menjadi platform yang akan membentuk iman, akhlak dan ilmu untuk anak-anak kita.

Belum dapatkan Durioo+ untuk anak anda? Langgan sekarang dibawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ummu Hurairah
Ummu Hurairah
Selangor, Malaysia
Read More
"Alhamdulillah.. Anak saya suka sangat Durioo+. Sekarang saya tak perlu risau tinggalkan dia masa saya buat kerja. Semua konten selamat dan anak suka tengok!"
Sinan Ismail
Sinan Ismail
Founder Durioo+
Read More
"MashaAllah, tidak sangka begitu ramai ibu bapa yang menyokong misi Durioo+ untuk membina Ummah yang beriman, berakhlak dan berilmu melalui platform ini"
Previous
Next
X